Misteri Emas Tanah Melayu
Publisher,Al Ain Karya Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / SEJARAH & POLITIK / SEJARAH (UMUM)
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Tanah Melayu khususnya dan amnya Nusantara sememangnya ‘sedang’ menyimpan rahsia terpendam khususnya khazanah yang terhijab daripada pandangan mata manusia. Pada zaman dahulu, Tanah Melayu digelar Semenanjung Emas kerana dipenuhi dengan galian berupa emas. Bukan hanya emas, bahkan dipenuhi dengan ilmu-ilmu hikmah yang sangat luar biasa.
Lazimnya, kita akan mendengar beberapa nama tempat yang dikaitkan dengan misteri penyimpan emas, antaranya Gunung Ledang, Gunung Jerai, Gunung Tahan, Tasik Chini, Pulau Besar dan Pulau Nangka yang dikhabarkan menyimpan khazanah penting untuk suatu kebangkitan yang dinanti-natikan suatu hari kelak. Menurut orang-orang sumber dan juga pengalaman penduduk setempat, kawasan tersebut penuh dengan mistik kerana wujudnya ‘penjaga’ yang ‘bertugas’ mengawasi anasir-anasir yang yang tidak baik.
Menurut Claudios Ptolemy, seorang ahli geografi yang pernah berlayar ke Nusantara pada abad ke-2 Masihi memanggil Tanah Melayu sebagai Golden Chersonese yang bermaksud Semenanjung Emas yang terletak berhampiran dengan Taprobana atau Sumatera. I-Tsing (634 - 713 Masihi) yang belayar ke Sumatera dari China pada abad ke-7 Masihi telah memanggil kawasan-kawasan sekitarnya sebagai Chin-Chou yang bermaksud negeri-negeri emas. Hal tersebut juga merujuk kepada Kerajaan-kerajaan Melayu Tua di dalam catatan pelayarannya.
Selain itu, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat tempat galian emas di sana dan mengambil contoh emas tersebut untuk dipersembahkan kepada maharajanya. Mengikut sejarah Siam pula, Raja Suryavarman II telah membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas daripada pemimpin Melayu di Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke-12.