Misteri Ya'juj Ma'juj: Bangsa Eropah dan Rahsia di sebalik Kehancuran Dunia
Publisher,Hijjaz Record Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Misteri Ya'juj Ma'juj: Bangsa Eropah dan Rahsia di Sebalik Kehancuran Dunia membuka mata yang menatap bahawa setiap inci kehidupan manusia hari ini berpaksikan budaya barat. Daripada sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar masalah semuanya seperti bersumberkan barat seolah-olah kita tidak pernah mempunyai kebudayaan sendiri. Tanpa sedikit pun kita ketahui sebenarnya telah banyak pengaruh membawa keburukan, berbanding kebaikannya.
Rupa-rupanya terlalu banyak anasir dan produk barat yang sangat di agungkan telah merosakkan kita, dan puncanya adalah pihak barat yang dipercayai berketurunan Ya'juj Ma'juj. Ya, Ya'juj Ma'juj yang dahulunya mengganas di kawasan pergunungan, kemudiannya dikurung oleh Zulkarnain iaitu lelaki dalam Surah Al-Kahfi. Sekelompok manusia meminta bantuan Zulkarnain untuk menyekat kemaraan Ya'juj Ma'juj. Dengan membina tembok di tengah-tengah, telah menutup jalan untuk Ya'juj Ma'juj untuk menyerang. Jadi , adakah keturunan Ya'juj Ma'juj ini telah kembali untuk merosakkan dunia?
Dan hari ini, dunia sedang dikelolakan oleh dunia barat yang berasal daripada keturunan Khazar dan Scythian. Dan,Ya'juj Ma'juj masih terus misteri, bangsa Eropah pula terus berusaha demi ‘Kehancuran Dunia'.