Modul Aktiviti Strategi PdP KSSM Matematik (Bilingual) Ting. 1 '24
Publisher,Sasbadi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages,
Shelf: Children Books / School Reference / Pt3
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
MODUL AKTIVITI Strategi PdP Matematik Mathematics (DWIBAHASA)
Bersemuka dan dalam Talian
Siri Modul Aktiviti Strategi PdP KSSM diterbitkan khusus untuk memenuhi keperluan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia, dengan tumpuan pada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Sebagaimana yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, siri ini dirancang dan digubal untuk menepati evolusi pendekatan baharu Pengajaran dan Pembelajaran serta konsep pentaksiran PBD – Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif (Ujian Akhir Sesi Akademik) terkini. Siri ini turut memenuhi keperluan DSKP, buku teks, dan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.
Dalam usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan kepada murid, siri ini juga menekankan konsep mesra pengguna dalam reka letak, susun atur, serta pemilihan fon.
Selain nota komprehensif dan padat dalam bentuk peta, kandungan siri ini turut menggabungkan elemen-elemen seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): I-THINK, Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian, Matematik (STEAM); Modul Kesejahteraan; Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya; dan Modul Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) untuk membantu murid dalam mengikuti silibus dan pelajaran.
Pendekatan yang dinamik ini diharap dapat menjadi sumber rujukan yang berguna untuk guru-guru dan para pelajar dalam usaha mencapai objektif pengajaran yang disampaikan oleh guru di sekolah dengan lebih berkesan.
Lebih dari itu, siri ini turut menyediakan pakej dwiversi yang dilengkapi elemen Mesra Kelas Hibrid dan Kelas Pintar seperti naskhah guru digital (online/offline), audio panduan video, aktiviti interaktif, video tutorial, kuiz, nota PowerPoint, dan praktis ekstra yang sesuai dengan transformasi pendidikan seperti yang dinyatakan dalam PPPM 2013–2025.
Dengan pendekatan dwifokus, dinamik, holistik, inovatif, dan kreatif, siri Modul Aktiviti Strategi PdP KSSM ini diharapkan dapat membantu guru merancang sesi pembelajaran PdP dengan mengaplikasikan pendekatan yang memenuhi keperluan murid pada zaman ini. Siri ini turut mendukung konsep dan objektif pengajaran yang lebih fleksibel, holistik, dan pelbagai serta memberikan pengalaman pembelajaran yang bersifat progresif selaras dengan matlamat yang digariskan dalam PPPM 2013–2025.