Modul Aktiviti Strategi PdP KSSR Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 '24
Publisher,Sasbadi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 250 g
No. of Pages, 108
Siri Modul Aktiviti Strategi PdP KSSR Semakan diterbitkan khusus untuk memenuhi keperluan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia, dengan tumpuan pada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebaigamana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Siri ini dirancang dan digubal dengan konsep dwifokus untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran serta memenuhi keperluan PBD terkini. Siri ini turut memenuhi keperluan DSKP, buku teks, dan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Dalam usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan kepada murid, siri ini juga menerapkan konsep mesra pengguna dalam reka letak, susun atur, serta pemilihan fon. Selain nota komprehensif dan praktis efektif, kandungan siri ini turut menggabungjalinkan elemen-elemen seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT); i-THINK; Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian, Matematik (STEAM); Modul Pendidikan Sivik; Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya; dan Modul Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) untuk membantu murid menguasai silibus dan pelajaran. Pendekatan dan integrasi ini diharapkan dapat membantu murid untuk memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru di sekolah dengan lebih berkesan.
Selain itu, siri ini turut menyediakan pakej dwiversi yang dilengkapi elemen Mesra Kelas Hibrid dan Kelas Pintar seperti naskhah guru digital (online/offline), audio, pautan video, aktiviti interaktif, video tutorial, kuiz, nota PowerPoint, dan praktis ekstra yang sesuai dengan transformasi pendidikan seperti yang dinyatakan dalam PPPM 2013-2025.
Dengan pendekatan dwifokus, dwiversi, dinamik, holistik, inovatif, dan kreatif, siri Modul Aktiviti Strategi PdP KSSR Semakan ini diharapkan dapat membantu guru untuk melaksanakan PdP dengan menggunakan kaedah terbaik dalam pelbagai situasi sekali gus membantu murid untuk menguasai pelajaran dan kemahiran yang ditetapkan. Gabungan elemen bersepadu dengan suntikan konvensional dan digital ini diharapkan dapat memacu dunia pendidikan agar menjadi lebih progresif dan memenuhi objektif yang digariskan dalam PPPM 2013-2025.
Book Features:
- Pautan Video.
- Aktiviti Interaktif.
- Video Tutorial.
- Jawapan Disediakan.
- Item Dimension: 26.2cm x 19cm x 0.5cm