Motivasi daripada Tuhan

Checking local availability
RM16.00
Product Details

Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Pendekatan dan modul baharu bagi membangunkan modal insan bagaimanapun tetap belum mencukupi bagi mengurangkan apatah lagi untuk mengatasi masalah-masalah pengurusan dan kehidupan manusia sejagat. Hakikatnya, masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, penyakit berjangkit (HIV), hubungan seks terlarang, pelacuran, jenayah, rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, ketidakcekapan pengurusan organisasi dan lain-lain tetap memerlukan sesuatu yang benar-benar menepati inti pati “pembangunan insan”. 

Ia sesungguhnya memerlukan bukan sekadar perubahan paradigma, tetapi pendekatan “hijrah”, kembali kepada kemanusiaan sejati atau fitrah atau jati diri.Oleh sebab itulah, kami beruzlah, bermuhasabah, mengunyah dan menghadam bahan-bahan rujukan, serta melakukan visualisasi ke hadapan, merenung dan akhirnya kembali kepada peristiwa yang kami alami sendiri di

Padang Arafah ketika menunaikan Haji pada tahun 1992 – aktiviti yang kami anggap Kembali kepada Fitrah atau Back to Basic. Ketika berusrah di Padang Arafah, kami dikurniakan Allah  ilham yang membuka “rahsia hebat” di sebalik prinsip Rukun Islam yang lima, iaitu kekuatan Daya Saring, Daya Pimpin, Daya Tahan, Daya Saing dan Daya Juang!

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)