Mr. & Miss Troublemaker
Publisher,Buku Prima
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 450 g
No. of Pages,
RAYYAN Yusof, gayanya ala-ala playboy. Hidupnya makin mewah apabila semua harta neneknya akan diwasiatkan kepadanya. Apa sahaja kata neneknya, pasti akan diturutinya. Tetapi hajat neneknya yang satu ini memang sukar dan tidak akan diturutinya. Nurul Fatia menerima pinangan itu dengan rasa lega. Tetapi rupa-rupanya dia bertepuk sebelah tangan. Kali pertama berjumpa sudah dihadiahkan dengan maki hamun dan kata-kata kesat..
Haikal mula menjadi perhatian nenek. Sejak mereka dipertemukan, nenek menerimanya dengan hati terbuka. Tidak pernah terdetik pun untuk mengambil apa sahaja hak Rayyan Yusof, sepupunya itu namun gadis yang sering menjadi perhatian rupanya milik sepupunya. Dia mula resah.
Rayyan Yusof mula melaksanakan rancangannya. Pertunangan perlu diputuskan tetapi dia yang akan berlakon sebagai mangsa. Nurul Fatia reda. Lelaki macam itu hendak dijadikan suami? Tidak layak langsung! Haikal mula menghidu sesuatu. Jika Rayyan Yusof menolak Nurul Fatia, tidak salah kalau dia mengganti tempat itu. Rayyan Yusof mula panas. Sepupunya itu memang ingin merampas haknya. Harta nenek mahupun Fatia, kedua-duanya tidak mungkin dapat dirampas daripadanya.
"Aku bukannya marah sebab dia nak putuskan pertunangan, tapi aku marah sebab dia tu berlagak dan perasan bagus. Macam dia aje yang betul. Semua orang kena ikut cakap dia." – Nurul Fatia
"Tapi nampaknya saya yang tak boleh hidup kalau tak tengok awak sehari. Saya rindu sangat." – Rayyan Yusof
"Kau jangan tamak, Rayyan. Nanti semua kau tak dapat. Kalau kau nak sangat dengan harta nenek, kau boleh ambil semua. Aku tak ingin pun. Tapi aku nak Tia." - Haikal