Mr. & Mrs. Alberton

ISBN: 9789671680889
Checking local availability
RM36.00
Product Details

Publisher,Karya Publika
Publication Date,
Format, Hardcover
Weight, 420 g
No. of Pages,

Adinda Putri bukanlah anak bangsawan seperti Tengku Anisah atau Tengku Marissa. Dia juga bukan millionaire. Tetapi dia anak perempuan kepada Angelina Khon, wanita ke 10 terkaya di Perancis! Adinda cuba lari dari kebiasaan hidup yang sarat protokol. Tidak sedar dalam pada dia cuba belajar menjadi orang kebanyakan.

Ayahnya telah memberikan dia satu pelajaran yang sulit untuk dia lalui. Iaitu menjadi PA kepada kepada CEO muda itu. William seorang lelaki yang dikenali oleh semua orang sebagai complicated man. Lalu berkisahlah perjalanan Adinda sebagai setiausaha CEO yang sombong, ego dan segala macam perangai buruk lagi.

Sayangnya, cinta juga tidak ketinggalan menyerlah di dalam perjalanan itu. William merayu cinta Adinda dalam pada Adinda sudah tidak sabar mahu meninggalkan lelaki itu. Tetapi siapakah yang mampu menolak takdir? William nanar apabila Adinda pergi meninggalkannya. Dalam ribut perasaannya, ujian hidupnya memuncak. Dia bertemu dengan bapa angkat yang memimpinnya keluar dari kegelapan. Ketika berjauhan dari Adinda, dia memeluk agama islam. Dia mencari ketenangan agar dapat melupakan wanita yang dicintainya. Tetapi ketika mereka terpisah jauh, khabar angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tentang William akan dijodohkan dengan Zarith, sepupu Adinda sendiri.

Tidak mengaku cintakan William, Adinda menggelabah pula! ‘Tiada apa yang senang di atas dunia ini, Dinda. Begitu juga hubungan antara lelaki dan wanita. Ada begitu banyak philosophy tentang cinta di atas dunia ini. Tetapi cinta yang sebenar adalah tentang dua manusia yang tidak akan mengalah ke atas diri masing-masing.’- Angelina Khon.

Berbekalkan pesanan ibunya Adinda terbang jauh ke Malaysia untuk merampas semula lelaki yang dicintainya. Kisah CEO dan orang gaji itu klise? Ini kisah enggang dan enggang yang memiliki keperibadian berbeza. Mampukah hidup bersama? Benarkah hidup sebagai orang kaya itu bahagia semata, tidak melalui ujian hidup seperti orang biasa? Mr. And Mrs. Alberton menjawab soalan itu!

Customer Reviews

Based on 3 reviews
67%
(2)
33%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
J
JASMINE ANN GAVIN

Mr. & Mrs. Alberton

N
Norizan Kamar
Good reading

Jalan cerita biasa sahaja tetap tidaklah sampai membosankan. Berbaloi untuk dibaca

N
NUR SYAHED JANNA BINTI TARMIZI
Best Best Best

Recomended, jalan cerita yang menarik. Tidak terlalu sarat sangat dengan emosi yang negatif, memang sesuai dengan saya yang suka jalan cerita yang ringkas dan seronok macam ni. Tersengih-sengih baca novel ni.