Mr. Nice Jerk (Novel Adaptasi)

ISBN: 9789672137894
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Nura hampir nak hantuk kepala ke meja bila dia ‘terpaksa rela’ menjadi pembantu kepada Aryan yang digelar si Putera dari Antartika. Dah la sinis semedang dan beku memanjang, super pembuli tak payah cakap.

“I nak you iklankan cari secretary baru untuk gantikan you. Ciri-cirinya, berperwatakan menarik, bujang, umur 27 tahun ke bawah dan sedap mata memandang.” - Aryan. B

ulat mata Nura memandang encik bos di depannya. Hari pertama masuk pejabat, sudah mahu mencari penggantinya a.k.a mahu dia berhenti kerja.

“Dalam kata lain, I ni memang tak ada ciri-ciri yang encik naklah?” – Nura.

Namun bila Nura ambil keputusan untuk berhenti, lain pula jadinya. Tak sampai seminggu, bos kekwat minta lempang itu dah terpacak depan rumah, meminta Nura kembali bekerja. Setelah kembali bekerja, Nura mengenali sisi lain dalam diri Aryan. Rupanya, tanggapan dia selama ni tentang encik bosnya itu adalah silap.

“Apa yang encik dapat bila keluar dengan dua wanita sekali gus?” – Nura.

“I takkan sempat rasa sunyi. Tahu tak, sunyi tu menakutkan?” – Aryan.

“Sunyi itu indah, encik.” – Nura.

Bagaimana Nura boleh menukar sunyi yang menakutkan buat Aryan menjadi sunyi yang indah? Dan rasa indah yang perlahan datang buat Aryan mula menyenangi PAnya itu. Nura yang sentiasa jujur dalam tingkah dan bicaranya buat Aryan tersuka tanpa sengaja. Namun, Nura pula menolak.

“Kenapa you tak nak I? Tak cukup handsome ke I ni pada mata you?” – Aryan.

“Handsome tapi jerk.” Nura.

Rupanya, Nura sudah ada Zhafri yang dicintai dan Aryan perlu bersaing untuk dapatkan apa yang dimahukan. Mampukah Aryan meyakinkan Nura yang dia sudah berubah dan benar-benar mahukan Nura sebagai suri hidupnya? Dan Nura pula, sanggupkah dia kecewakan Zhafri yang selama ini setia di sisi?

Customer Reviews

Based on 6 reviews
100%
(6)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
J
Juliet
Mr. Nice Jerk

Lovable. Worth to read. Finished reading in few hours.

N
Norhidayu ahmad
Mr nice jerk

Penyusunan cerita yg tidak berterabur.watak2 yg sgt sesuai dgn cerita dan babak yg mencuit hati.

N
Norhidayu ahmad
Mr nice jerk

Penyusunan cerita yg tidak berterabur.watak2 yg sgt sesuai dgn cerita dan babak yg mencuit hati.

s
sitinurkhadijahjaafar
Mr. Nice Jerk (Novel Adaptasi)

Sebuah novel yang mengisahkan Nura seorang setiausaha yang lemah lembut tetapi tegas di Amaya Group. Majikan baru Nura tidak menyukai dirinya danmembulinya dengan memberikan skop kerja di luar tugasannya. Nura masih bersabar sehinggalah dia nekad untuk berhenti. Buku ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan menyeronokkan. Susunan plot juga kemas dan teliti. Perhubungan antara Nura dan Aryan sangat sweet walaupun selalu bertelingkah. Watak pengganggu yang memang rasa plot twist sedikit di hujung hujung membuat pembaca berfikir. Bila baca buku ni kadang kadang tersenyum sendiri. Memang best. Tahniah buat penulis.

N
Nurul farezza
Mr. Nice Jerk

Rupanya, Nura sudah ada Zhafri yang dicintai dan Aryan perlu bersaing untuk dapatkan apa yang dimahukan. Mampukah Aryan meyakinkan Nura yang dia sudah berubah dan benar-benar mahukan Nura sebagai suri hidupnya? Dan Nura pula, sanggupkah dia kecewakan Zhafri yang selama ini setia di sisi?