Mrs. Ehsan Hussain
Publisher,Orabook Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kalau dulu, cintanya disangka hanya cinta monyet. Bila sudah dewasa, perasaan itu masih kekal di hati. Malah semakin kuat. Lantas Hayfa Elmira buat keputusan untuk mendekati pujaan hatinya, Ehsan Hussain. Dan lelaki itu sambut baik kehadirannya walau pada mulanya mereka asyik bertelingkah.
"Kau nak tak kalau kita kawan?"- Ehsan Hussain
"Jadi girlfriend Abang Ehsan?"- Hayfa Elmira
Mereka bahagia bersama walau hanya sekadar 'kawan'. Ehsan rasakan bila bersama Hayfa, dia gembira. Namun kerana salah faham, hubungan itu retak. Ehsan pergi tanpa memberi peluang untuk Hayfa menjelaskan.
Beberapa tahun kemudian, mereka dipertemukan semula. Namun kini, Hayfa kembali dengan seorang anak kecil bernama Elyas.
"Fa, aku boleh agak apa yang terjadi. Apa yang aku nak kau tahu, kau tetap berharga." - Ehsan Hussain
Jadi mangsa perbuatan jahat Eskandar dan kemunculan lelaki itu semula menjadikan Hayfa takut untuk kehilangan anaknya, Elyas. Lalu Ehsan hulurkan tangan. Ingin bersama denqan gadis itu hingqa ke akhir hayat.
"Kahwin dengan aku, Fa. Lelaki tu takkan berani ganggu kau dengan Elyas lagi."- Ehsan Hussain
Lamaran itu diimpikan Hayfa suatu masa dahulu namun hati berbelah-bagi.
Ikhlaskah cinta Ehsan? Atau lamaran itu hanya kerana simpati?