Mudahnya Memahami Sains: Oh, Senangnya Sains Kimia
Publisher,PTS One
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Buku pendidikan yang dipersembahkan dalam bentuk komik berwarna dan kartun permainan video popular di Korea sebagai medium penyampaian yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Buku yang diterjemahkan dari bahasa Korea ini, disesuaikan dengan silibus pelajaran di Malaysia, yang disemak oleh pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Walaupun buku ini adalah buku pendidikan, namun dengan penyampaian yang santai, lucu, dan menghiburkan pasti membantu para pembaca daripada pelbagai lapisan umur memahami prinsip sains kimia dengan mudah.
Gambar rajah dan visual turut disertakan bagi membolehkan para pembaca belajar dengan mudah tentang prinsip sains kimia.
Buku ini mengisahkan Songyi yang perlu menyelesaikan beberapa misi kimia bagi mendapatkan semula haiwan kesayangannya, Jacky yang diculik.
Berlainan pula dengan Jacky yang berasa seronok dan terasa bebas apabila berjauhan dengan Songyi. Songyi meminta bantuan Dao dan Bazzi, robot dari Pusat Ekspedisi Saintifik.
Walaupun Dao dan Bazzi sering mencetuskan suasana yang melucukan di persekitaran mereka, ditambah lagi dengan sikap-sikap nakal Songyi, setiap tingkah laku mereka menerangkan fenomena kimia yang berlaku dalam kehidupan harian kita.
Tidak ketinggalan, eksperimen juga dijalankan oleh ketiga-tiga mereka bagi menguji kesahihan teori.
Dapatkah Songyi menemui semula Jacky? Siapakah dalang penculikan Jacky? Apa yang terjadi kepada Dao dan Bazzi yang mempunyai perwatakan yang berbeza?