Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab
Publisher,Dewan Bahasa & Pustaka
Publication Date,
Format, Hardcover
Weight, 420 g
No. of Pages,
Persoalan tentang ajaran Muhammad ibn al-Wahhab atau lebih dikenali dengan ajaran wahhabi sering ditimbulkan dalam kalangan masyarakat sejak dahulu hingga kini. Ada yang menganggap bahawa ajaran Wahhabi ini tidak menyeleweng daripada ajaran Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, sebaliknya ada juga yang berpendapat ajarannya terkeluar daripada ajaran Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Melalui buku Muhammad ibn. Abd al-Wahhab ini, penulis berjaya mengupas persoalan tentang pemikiran tokoh ini, antaranya tentang tauhid Uluhiyyah, Rubuiyyah, Asma' wa al-Sifat, tawasul, dan syafaat. Penulis juga mengemukakan pandangan ulama dan sarjana Barat terhadap pemikiran beliau. Penulis menegaskan bahawa ajaran Wahhabi ini tidak terpesong daripada ajaran islam berdasarkan fakta dan hujah ilmiah yang disokong oleh nas al-Qur'an dan hadith.