Muhammad S.A.W: Rahmat Bagi Sekalian Alam

ISBN: 9789674393540
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Al-Hidayah Publisher
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Seperti yang kita imani dan ketahui, Nabi Muhammad SAW adalah penutup bagi semua nabi dan rasul. Baginda SAW, juga adalah rasul yang diutuskan untuk seluruh umat manusia akhir zaman. Terdapat banyak bahan bacaan dan rujukan daripada sumber-sumber yang benar dan sahih telah merakamkan tentang riwayat kehidupan Nabi Muhammad SAW sejak dari sebelum kelahiran hinggalah ke akhir hayat baginda. Apa yang kita temui di dalam riwayat kehidupan Nabi SAW ini adalah berkenaan sebagaimana sempurnanya sosok kekasih Allah ini.

Nabi Muhammad ini adalah ‘Role Model’ atau ‘Suri Teladan/Contoh Teladan’ yang sepatutnya kita agung-agungkan. Dari pelbagai sudut kehidupannya begitu sempurna dengan bimbingan dan peliharaan Allah SWT. Ruang lingkup perbicaraan inilah yang dibahaskan di dalam buku ini. Dihuraikan secara tersusun bagi memudahkan kita memahami dan menyelusuri bagaimanakah gaya hidup yang sihat dari sudut zahir dan batin, jasmani dan rohani, dunia dan akhirat seorang insan yang istimewa dan sentiasa dirindu oleh umatnya yang dikasihi Allah SWT.

Moga-moga buku ini boleh kita jadikan sebagai buku panduan untuk kita menjalani kehidupan seharian berlandakan sunnah-sunnah Nabi SAW. Selain itu, ia menjadi suatu dorongan dan motivasi bagi kita untuk menambahkan serta mengukuhkan keimanan kita.

Customer Reviews

Based on 1 review
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Muhammad S.A.W: Rahmat Bagi Sekalian Alam

Umum mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir yang diutuskan untuk umat manusia akhir zaman. Diterangkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah role model yang mesti Kita agung agungkan kerana segala aspek kehidupan baginda termasuk kesihatan,cara hidup,pemakanan dan banyak lagi adalah sempurna. Didedahkan Gaya hidup Nabi Muhammad SAW supaya senang buat pembaca memahami dan menjadikan ia panduan mereka di dalam kehidupan.