Mujahadah Cinta

ISBN: 9789671108369
Checking local availability
RM21.00
Product Details

Publisher,Inteam Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Pusat Tarbiyah KIAS menemukan Al-Abrar Zaim dan Duratul Insyirah. Abrar, namanya sering meniti di bibir siswi menjadikan dia seorang yang terkenal dengan ketegasan dan sifat kepimpinannya. Thuraiya Widad pula antara gadis yang mengharap cintanya. Tanpa kata, tiada suara, dia menyimpan perasaannya jauh di sudut hati. Biarlah hanya dia dan Allah SWT yang mengetahui.

Aisy Mikael pula sahabat sejati yang sentiasa bersama walau dalam seribu kepayahan. Perahsia dan terlalu sukar untuk menebak perasaannya. Mencintai Thuraiya Widad setulusnya tetapi kerana bicara Thuraiya Widad membuat dia terluka, maka dia bernekad untuk melupakan cinta yang tersimpan di lubuk hati. Duratul Insyirah, adik kepada Dhabit Izzul yang tegas pendirian dan seorang niqabiah. Tanpa sedar, nama Al-Abrar Zaim sudah terukir di relung hatinya.


Mujahadahnya untuk memiliki cinta yang dianugerahkan Tuhan sehingga ada yang sanggup berkorban perasaan. Demi kebahagiaan orang tua, pernikahan berlangsung tanpa berkenalan dan bertaaruf.
Adakah dengan doa dan pengharapan, cinta mereka bakal disatukan? Apakah cinta Thuraiya Widad pada Al-Abrar Zaim punya titik noktah? Apakah pula pengakhirannya cinta Aisy Mikael kepada Thuraiya Widad? Dapatkah mereka bersama dalam aliran cintaNYA?

Cinta berpaksi syariat Ilahi, akan kekal di Negeri Abadi.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)