Mukjizat Rasulullah

ISBN: 9789834418366
Checking local availability
RM45.00
Product Details

Publisher,Nadi Minda Resources
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Mukjizat terbahagi kepada dua iaitu yang dapat dilihat dan dicapai oleh pancaindera, atau mukjizat yang tidak disedari kecuali jika disertai kepercayaan penuh terhadap alam ghaib. Buku Mukjizat Rasulullah memperlihatkan kelebihan kurniaan Allah kepada nabi melalui mukjizat bagi memartabatkan kedudukan mereka dan membuktikan kekuasaan Allah. Menurut sesetengah ulama, Nabi Muhammad dikurniakan 3,000 mukjizat, tidak termasuk mukjizat yang terkandung dalam al-Quran melebihi 60,000. Sementara sesetengah ulama berpendapat mukjizat Baginda tidak terhitung banyaknya. Berdasarkan penjelasan ulama dalam bidang hadis dan sejarah, mukjizat Nabi Muhammad dapat diketahui ketika hayat Baginda dan ada juga yang terbukti selepas kewafatan daripada perbuatan serta perkataan Baginda. Antara mukjizat Nabi Muhammad ialah menundukkan serta melembutkan hati mereka yang menentang Islam akhirnya menerima ajaran itu apabila Baginda menunjukkan kebenaran. Mukjizat terbesar dibincangkan dalam buku Mukjizat Rasulullah ialah al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab dengan nilai sastera indah hingga tidak dapat ditandingi untuk menguatkan kebenaran dakwah yang dibawa Baginda. Turut dimuatkan, pengakuan sarjana bukan Islam terhadap kepentingan al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad seperti ahli sejarah Jerman, Prof Ludolf Kreh; ketua gereja Inggeris, Iscak Tulor dan pensyarah di universiti yang juga pakar agama dunia Kristian, Prof Dr E Montet.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)