Mulanya Satu Cinta (Edisi Istimewa Skripsi)
Publisher,Skripsi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 525 g
No. of Pages, 580
Description
EDDY EZLI berkahwin ketika mereka masih bergelar pelajar di Boston, USA. Malangnya usia perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun empat bulan. Tak sanggup hidup susah, Khairina meninggalkan Ezli dan anak mereka yang masih kecil. Mereka bercerai. Trauma dengan kegagalan rumah tangga, Ezlli menutup pintu hatinya. Sekembalinya ke Malaysia, Ezli bergantung penuh pada emaknya, Puan Faridah untuk menjaga dia dan Afi. Bagaimanapun Puan Faridah nekad merancang sesuatu demi masa depan Ezli dan Afi.
Iryanie, terdesak mahu cari pekerjaan demi menampung semester akhir pengajian. Dia nekad memohon kerja mengasuh anak Eddy Ezli. Permulaan perkenalan antara Ezli dan Iryanie sangat tak harmoni. Ezli sengaja mempamer sikap dingin agar Iryanie mengalah dan emaknya tak jadi pulang ke kampung.
“Isk! Stone cold betul! Rasanya dia memang patut diruqyah baru hati lembut agaknya…” - Iryanie
‘Ada hati dia nak ruqyah aku ya? Depan aku, kena tenung sikit dah tertunduk, pipi merah-merah…’ - Ezli.
Lama-kelamaan, hati Ezli mula melunak apabila melihat ketulusan Iryanie menjaga Afi. Hati mula terpaut sayang. Namun kehadiran Zamri yang ingin memperisterikan Iryanie dan kemunculan semula Khairina yang berkeras mahu menuntut hak hadhanah ke atas Afi, mengacaubilaukan hidup Ezli.
“Iryanie, aku tak mahu jadi majikan yang hanya memberi gaji bulanan pada kau. Aku mahu jadi lelaki yang memberi nafkah zahir dan batin kepada kau. Memberi seluruh cinta aku hanya untuk kau.
Apabila ujian demi uijian datang menimpa, mampukah Ezli dan Iryanie memperjuangkan cinta yang baru berputik. Akankah ada peluang untuk Ezli merasai kebahagiaan?
Semuanya terjawab dalam ‘Mulanya Satu Cinta’ versi baru 2022 yang lebih padat.
Novel yang best! Walaupun ia versi revamp dengan cover baru, isi novelnya tak lapuk dek zaman. Plot menarik, dan ceritanya menarik. Serta covernya comel menarik perhatian.
Keseluruhannya, saya suka novel Mulanya Satu Cinta, saya suka Rose Harissa dan terima kasih MPH. Service MPH pun bagus, respond cepat dan pantas. Penghantaran kemas walau kena tunggu seminggu sebab ia special order. Semuanya A dan 5 stars 🤩 thanks again.
Mulanya Satu Cinta (Edisi Istimewa Skripsi)
Bila baca buku ni, feelnya lagi excited dari versi lama. Of course suka sangat. Lebih tersusun, yg penting ada penambahan kat ending. Tq Puan Rose Harissa n MPH colaborate terbitkan MSC versi edisi skripsi ni. Love it soooo much.
Best
Superb! Very different than the old version. The story feels more lively and realistic. Congrats to MPH and the writer, RH for this, collaboration if I could say?
About the book cover. I LIKE IT EVEN MORE. Cute and chick lit kind of. Thanks for giving me a chance to own this copy complete with writer's signature. I couldn't ask for more.