Munajat Cinta
Publisher,KarnaDya
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Susah memikat lelaki? Bagi Puteri Irdiana Nafisya, perkara itu di hujung jarinya. Tidak perlu bergadai body, berderet lelaki jatuh cinta dengannya. Senyum serta gelak tawa juga lentok manjanya, cumalah plastik semata-mata.
Dia tidak pernah kecundang dalam cinta kerana dia tidak pernah jatuh cinta. Hidupnya cuma punyai satu maksud, memburu si kasanova, menjerat dengan cinta plastik lalu meninggalkan mereka! Yang penting, dia berasa puas.
Irdiana Nafisya membekukan hati dari semua insan di sisinya. Harapan Amar Farhan tidak menjadi kudis buatnya. Namun mengapa titis air mata Qhairatunnissa, sahabat baiknya mengusik memori lampaunya?
“Puteri Irdiana Nafisya, sudikah Fisya menjadi isteri Amar? Berkongsi suka duka juga kegembiraan dengan Amar dan menjadi ibu kepada anak-anak Amar nanti?” - Amar Farhan
“Qiara hanyut dalam gelora cinta bersama Amar Farhan...” - Qhairatunnissa
Kasih sayang dan perhatian Engku Narizah semakin menyusup masuk ke dalam lubuk jiwanya yang sekian lama ketandusan membuatkan Irdiana Nafisya makin keliru dengan isi hatinya. Juga sifat Hairul Nazren yang sering kali membuatkan jiwanya yang resah kembali tenang.
“Diana... Lupakanlah segala kenangan hitam yang terjadi dahulu. Mulakan langkah baru dengan tekad yang baru. Izinkan saya bersama Diana menempuhi cabaran yang mendatang serta berkongsi segalanya dengan Diana...” - Hairul Nazren
Bisakah hati Irdiana Nafisya yang beku kembali mencair dengan kasih sayang? Atau perlukah dia bermunajat agar cinta mendatangi hidupnya lalu dia tidak lagi berpaling dari kenyataan?