Muqaddam
Publisher,Erfan
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Muqaddam Rasm Uthmani yang diterbitkan ini bertujuan menjadi panduan kepada umat Islam dalam mempelajari dan membaca Al-Quran bermula dari Surah Al-Fatihah hingga Surah An-Nas. Penerbitannya menepati anjuran Rasulullah SAW dari segi rasm dan susunan surah secara tauqifi, selaras dengan penulisan asal Al-Quran yang sahih dan diakui. Rasm Uthmani juga merupakan salah satu rukun bacaan Al-Quran yang membolehkan pelbagai bentuk qiraat dibaca tanpa menjejaskan makna sebenar.
Di samping itu, ilmu tajwid serta kaedah bacaan yang ringkas dan mudah difahami turut disusun bagi membantu pembaca membaca Al-Quran dengan tertib dan tepat. Diharapkan usaha ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam dalam memperbaiki bacaan serta meningkatkan penghayatan terhadap isi Al-Quran sebagai panduan utama kehidupan, Insya-Allah.