Kenapa terlalu sukar dia mahu melafazkan apatah lagi mahu meluahkan. Apakan cinta itu sebenarnya hanya mainan perasaan? Tetapi kenapa semakin disimpan, semakin terdera rasanya? Ahh... segalanya benar-benar menyakitkan. Dipendam, terasa sakit, mahu diluah terasa perit. Lantas lelaki itu sedar, dia perlu membuat satu keputusan...