Musafir Kota Haramain
Publisher,Karya Bestari
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 295
Tidak pernah kusangka, selama 43 tahun menanti, akhirnya namaku di ‘seru’ kembali menjadi tetamu-Nya buat kali yang kedua. Peluang untuk bermusafir ke Kota Haramain ini adalah satu jemputan yang tidak boleh ditolak. Walaupun pernah mengerjakan haji di usia yang muda, namun perasaan kali ini sungguh berbeza. Ia adalah satu perjalanan suci yang tiada tolok bandingnya.
Bukan semua orang berpeluang dan mampu menjadi tetamu-Nya. Terkadang, ada orang yang sudah mempunyai kemampuan, namun hatinya pula tiada kemahuan. Ada di antara mereka yang sudah puas mengembara mengelilingi dunia, tetapi hatinya belum tergerak untuk mengelilingi Baitullah. Dan ada juga yang sanggup menghabiskan masa dan wang berjumpa kekasih hati tetapi menolak untuk bertemu cinta agung di tanah suci.
Sungguh, seruan mengerjakan haji ini adalah ‘jemputan cinta’ daripada Tuhan. Tidak semua memiliki keistimewaan ini.
"Ingatlah bahawa ibadah Haji yang dilakukan dengan ikhlas akan menjadi penghapus dosa sepertimana bahan kimia yang boleh menghilangkan kekotoran pada logam."
DATO’ DR. MAHMOOD ZUHDI