Mutiara

ISBN: 9789670040738
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Biblio Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 130 g
No. of Pages, 116

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Novela klasik abadi, "The Pearl", salah sebuah hasil pena John Steinbeck (penerima hadiah Nobel dalam Kesusasteraan) yang masyhur, mengisahkan tentang seorang penyelam mutiara, Kino, yang hidup serba kekurangan di La Paz, sebuah perkampungan di tepi pantai Mexico. Musibah menimpa tatkala bayinya disengat kala jengking, namun tidak lama kemudian Kino menemui sebutir mutiara gemilang yang menjanjikan seribu nikmat dan kemewahan.

Penemuan mutiara gemilang oleh Kino telah membangkitkan pelbagai dilema dan permasalahan. Serakah, pengkhianatan, dan tekanan masyarakat yang kian hebat menguji keazaman dan kebijaksanaan Kino.Steinbeck dengan mahir menganyam sebuah kisah berkisar harapan dan tragedi, meneroka tema-tema yang kekal relevan seperti ketidaksetaraan sosial, cita-cita, pertaruhan nasib dan perjuangan. Berjayakah Kino melindungi anak dan isterinya setelah muncul pelbagai onar dalam hidup mereka?

Adakah penemuan Mutiara Paling Mengagumkan Dalam Dunia suatu rahmat yang tak ternilai buat Kino, atau sebenarnya suatu kecelakaan yang durjana?

Sesuai dibaca oleh segenap lapisan usia, "Mutiara" ialah sebuah novela yang mampu menggetarkan fikiran dan memukau pembaca dengan pandangan mendalam terhadap sifat semulajadi manusia, menjadikannya karya yang wajib dibaca bagi mereka yang mencari pengalaman sastera yang kuat dan menjentik emosi.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)