MUTIARA DALAM DEBUAN KABUS

ISBN: 9789672467472
Checking local availability
RM32.00
Product Details

Publisher,LNP
Publication Date,
Format,
Weight, 420 g
No. of Pages,

Dia seorang perempuan yang cantik. Dia telah ditemui cedera parah akibat kemalangan langgar lari. Tetapi sebaik sahaja sedar daripada koma, dia hilang daya ingatannya. Tidak ingat akan namanya yang sebenar. Apatah lagi masa lampau yang pernah dilalui. Kotak fikirannya kosong sama sekali. Dia seperti sudah menjadi orang baharu. Dia lantas dikenali sebagai Aslin, isteri kepada Uzzam Zulkarnain. Seorang isteri yang dikatakan ‘melampau’. Seorang isteri yang curang...

“Sebaik kita keluar dari kereta ni, perhubungan kau dengan aku tak lagi seperti suami isteri. Kau akan tidur di bilik orang gaji.” - Uzzam

Bagaimanapun, dia kemudiannya faham bahawa rumah tangganya sememangnya sudah lama goyah. Bak retak menanti belah. Tidak pernah ada kemesraan dan kesefahaman antara dia dan suaminya. Malahan, dia akan diceraikan…

“Kau tak layak jadi isteri Uzzam... Disebabkan itulah dia bercadang untuk berkahwin dengan aku...” – Nora Asyikin

Dalam tidak ingat apa-apa, dia dalam dilema. Pelbagai persoalan bertubi-tubi muncul dalam kotak fikirannya. Justeru, dia pun cuba memperbaiki diri dan rumah tangga demi mengambil peluang keemasan ketika dia masih hilang daya ingatan. Mengharap agar masih ada peluang kedua buat dirinya. Namun hasratnya itu terhambat apabila mendapat tahu pula dia merupakan isteri kepada lelaki lain. Dan namanya yang sebenar ialah Airina.

“Nama dia Airina, isteri aku... jangan sesekali sentuh isteri aku.” – Ghazali

“Kalau dia ini isteri kau, apa buktinya?” - Uzzam

Maka hidupnya makin bergolak dalam dilema dan tanda tanya. Dia Aslin, ataukah Airina?

“Memang dasar perempuan murahan. Dah terbalik agaknya dunia ni...” – Puan Masirah

Namun dengan hati kental dan semangat waja, dia akan cuba mencari huraian tentang siapakah dirinya yang sebenar walaupun dia akan menempuh bahaya…

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)