Mutiara Nasihat IMAM SYAFIE
Publisher,Karya Bestari Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 328
IMAM SYAFIE, satu nama yang tidak asing lagi kepada umat Islam dunia hari ini. Beliau terkenal sebagai seorang yang paling alim pada zamannya tentang makna-makna al-Quran, dan dianggap sebagai seorang manusia yang paling tahu tentang isi al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Sebelum wafatnya, beliau ada meninggalkan nasihat dan wasiat yang sangat agung dan penuh hikmah kepada umat Islam agar ia boleh dijadikan sebagai perisai dalam kehidupan.
Kelahiran naskhah “Mutiara Nasihat Imam Syafie” adalah atas kesedaran untuk memperbanyakkan bahan bacaan yang bernafaskan Islam yang dapat dimanfaatkan ke arah pengilmuan ummah secara keseluruhannya.
Buku ini memberi fokus pada pesanan-pesanan kerohanian Imam Syafie. Dimensi kerohanian ini dipilih kerana ia jarang disorot oleh penulis-penulis lain.
Wasiat dan pesanan yang ditinggalkannya itu bukan sekadar kata-kata biasa yang keluar daripada pemikiran semata-mata. Tetapi ia hasil daripada renungan dari hati budinya yang tinggi, dibimbing oleh petunjuk Ilahi serta suluhan nabawi.