My Better Half
Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages, 448
“Tya
kena fikir habis-habis. Ini soal hidup Tya yang Tya pertaruhkan.” - TARIQ
“Tya
tak kisah. Kalau ada yang sudi...” - TYA
“Saya
sudi.” - AZHAD
Siapa
sangka di hari pernikahannya, pengantin lelaki tidak munculkan diri. Lantas Tya
Warda membuat keputusan gila demi maruah keluarga. Namun hubungan suci itu
hanya di atas kertas, bukan seperti selayaknya pasangan suami isteri yang lain.
Sehinggalah
Azhad ditimpa musibah, tiba-tiba dia berubah sikap kerana memorinya terhad
setakat 5 tahun sebelumnya. Azhad mencurigai Tya.
“I
tak pernah percayakan perkahwinan. Kenapa I perlu berkahwin dengan you pula?” -
AZHAD
“Ikut
suka youlah nak percaya atau tidak. I cuma beritahu perkara yang sebenar.” -
TYA
Perlahan-lahan,
kemesraan antara mereka mulai terjalin. Namun semua itu tidak kekal lama.
Sedikit demi sedikit, kebenaran siapa sebenarnya Azhad mulai tersingkap.
Terpengaruh
dengan hasutan, Tya memilih untuk meninggalkan Azhad. Sehinggalah mereka
kembali bertemu tanpa sengaja, hati Tya kembali lunak. Malangnya kisah lampau Azhad
mula menghantui rumah tangga mereka.
“Sergei
Genovese. Itu nama you, kan?” - TYA
“Itu
kisah hitam I, Tya. I dah berubah, dan I tak nak ingat semua tu.” - AZHAD
Apa
kisah sebenar di sebalik nama ‘Sergei Genovese’? Dapatkah Tya
Warda terus bertahan dengan ujian hebat dan tentangan dari keluarga mafia Rusia
itu?