My Heartbeat
Publisher,Suara Hati
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Raz Madani. Kasihnya teruntuk hanya buat Raihana. Kebahagiaan yang mereka kecapi, melingkari tanpa sebarang cela. Namun di saat derita menjengah jendela rumah tangga mereka, lelaki itu mula mencari pengganti untuk isterinya.
“Sahabatku Eman Nazmi, sudi tak kau berkahwin dengan isteri aku, Raihana Marissa?” –
Raz Eman Nazmi. Hanya lelaki itu yang layak menggantikan tempatnya. Namun, sanggupkah dia menerima lamaran daripada seorang suami untuk isterinya? Mampukah dia memikul amanat daripada Raz hanya kerana janji yang telah dibuatnya?
Raihana Marissa. Mampukah wanita itu berpaling daripada paksi kesetiaannya yang tertumpah hanya buat seorang suami yang bernama Raz Madani? Apakah dia mampu menerima dan menduakan lelaki daripada cinta pertama dan terakhirnya?
“Saya nak mati sebagai isteri dia, Eman.” - Raihana
“Dan saya nak awak mati sebagai isteri saya.” - Eman
Di saat Raz pergi meninggalkannya, Raihana karam sepenuhnya. Hidup dirasakan kelam dan menakutkan. Dia terkapai-kapai mencari kekuatan untuk terus bertahan dan hanya Eman yang setia berada di sisinya bersama selautan kasih yang tidak kenal erti surut dan pasang.