Nadhim: The Broken Promises
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Nadhim Adhuka lahir sebagai waris kepada keluarga yang dibina atas darah dan janji yang tidak pernah dia pilih. Hidupnya sudah ditentukan sehinggalah kemunculan seorang gadis misteri yang mengubah segalanya.
Dalia Arjuna.
Tenang dan lembut tetapi menyimpan rahsia yang mampu menghancurkan seluruh dunia Nadhim. Di sebalik senyumannya, tersembunyi misi berbahaya iaitu untuk menjatuhkan keluarga Adhuka dan membalas dendam atas sejarah yang dipenuhi pengkhianatan.
Perkahwinan mereka bermula dengan dusta. Namun, perasaan yang tidak sepatutnya wujud mula bercambah. Apabila identiti Dalia terbongkar, dia diburu sebagai pengkhianat dan Nadhim kehilangan segalanya.
“Aku datang sebab aku masih memilih kau.” – NADHIM
“Pilihan kau dah tak bermakna, Nadhim. Tidak ada sesiapa yang boleh selamatkan aku.” – DALIA
Tetapi kebenaran tidak pernah benar-benar mati. Apabila cinta lahir daripada pengkhianatan, masihkah ia layak untuk diperjuangkan?