Nadratul Nisa'

ISBN: 9789670246796
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

I - Lagukanlah dan jalinkanlah kisah indah ini. Aku akan dengarkan kepada kalian dengan kenangan yang tidak akan luput dari jiwa. Aku akan ceritakan kisah yang aku bahagia bertemu dan bercinta dengan dia. Lebih tepat, nama si dia, Tan Jie Kang sudah mengikat relung hati. Aku dan dia bercinta. Katalah apa sahaja, hanya dia yang membenarkan cik hati ini kembang berseri-seri.

“You sayang I, macam mana?” – Nadratul Nisa‟

“Lebih. Lebih dari biasa.” - Tan Jie Kang

II - Apabila Tuhan sudah merencana. Sehingga cinta kami itu akhirnya aku luputkan dengan hanya berbekalkan kenangan sahaja. Dan kini, aku sedang menghadapi kenyataan. Tuhan sebenarnya lebih berkuasa menentukan. Kisahku lantas diteruskan dengan lelaki bernama Maleq Rafie.

“...dan untuk bahagia sampai syurga saya perlukan seorang isteri. Kamu, Nadratul Nisa‟.” – Maleq Rafie.

“Tuhan, baru kutahu. Antara kenangan dan kenyataan. Sebenarnya kenyataan itu lebih membahagiakan.” – Nadratul Nisa‟

Aku belajar menjadi isterinya. Aku nekad, kerana aku ini, isteri yang dambakan reda suami untuk ke syurga. Kata dia, aku ini cik isteri banyak songehnya. Cik seksinya juga! Rumah tangga bukan selalu indah sweet gula-gula,kan?

III - Musim lantas bersambung lagi. Tanpa aku sedari, apabila si dia yang dahulu pernah aku cintai, menyimpan kenangan yang telah aku tinggalkan. Dia meneruskan hidup dengan sirna kegembiraan ini.

“Aku rindu waktu di mana pipimu merah tanda bahagia.” – Akhtar Tan Abdullah.

“Tan Jie Kang, jiwa aku ini rapuh sungguh, kenapa aku terkadang mengingatimu?” – Nadratul Nisa.

“Bagaimana lagi harus aku menghapus bayang rindu itu, wahai Nadratul Nisa.?” – Akhtar Tan Abdullah.

Aku telah memilih. Antara kenangan dan kenyataan. Dan pilihan aku harus tepat, kerana aku berpaksikan, Tuhan Yang Menentukan.

Pilihan Staf:

Jalan cerita yang menarik dan agak mendebarkan di akhir-akhir penceritaan tentang siapakah yang bakal menjadi pilihan hati Nadratul Nisa'. Kata orang, cinta tidak semestinya bersatu dan tidak seharusnya memiliki. Nadratul Nisa' membuat keputusan yang tepat apabila memilih kenyataan dan meninggalkan kenangan walaupun pada mulanya agak sukar baginya memadamkan api kenangan.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)