Nak Bercinta Dengan Saya Tak?
Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
“Alahai... Kami pula yang kena denda? Okeylah, tak kisah... Apa denda kami?” - EIZHAM
“Sekarang abang berdua berpeluk di depan saya. Tadi bukan main suruh saya, kan? Apalagi, peluklah. Alah... Macam loving couple tu.” - JULIANA MAZ
Senior dan junior. Peristiwa yang tidak disangka-sangka telah menjadi titik permulaan bagi sebuah perkenalan dan sebuah jalan kehidupan baru. Juliana Maz ingin merasakan kehebatan bercinta. Alangkah bahagia dan sejuknya jiwa apabila diri dicintai dan dirindui seseorang yang bernama Eizham.
Akhirnya cinta terikat namun Juliana Maz hanya dapat memeluk bayang-bayang Eizham. Identiti Eizham membunuh kepercayaan dan cintanya selama ini. Dia berusaha mengajak Eizham ke jalan yang diredai Allah SWT. Tapi, usahanya hanya setakat itu saja apabila lafaz terucap... Eizham semakin hanyut dan Juliana Maz semakin jauh...
Ketika ada cinta cuba mengetuk hatinya, kenapa ada resah dalam jiwanya? Kenapa ada getar mengganggu bicara? Oh Tuhan... Kenapa hatiku tiba-tiba berat untuk meluahkannya?