Nak Kahwin Imam Muda!

ISBN: 9789671396704
Checking local availability
RM24.90
Product Details

Publisher,Heartwork Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Hana Tihani adalah gadis yang menjadi rebutan lelaki Kolej Kejora. Namun, tiada satu pun yang mampu memikat hati gadis jelita ini. Bagi Hana , kesemua pelajar lelaki di kolejnya adalah hampeh belaka.Hinggalah satu insiden menemukan dia dengan seorang jejaka yang berkopiah hijau berjambang nipis. Daripada pertembungan yang tidak disengajakan , Hana telah mula terbuka untuk berhijrah.

Dia mula berjinak-jinak dengan hijab dengan menonton video 'hijab styling' di Youtube.

Dia mula semakin selalu bersolat di Surau Solihin.

Dia juga semakin aktif dengan aktiviti kerohanian di kolejnya.

Dia mula menjumpai sinar keimanan yang tidak pernah dia kecapi sebelum ini.

Namun penghijrahannya itu disambut dengan dugaan demi dugaan. Rakan baik dan teman sebiliknya, Lia mula menjauhinya. Mummynya, Datin Sally keras menentang keputusannya untuk berhijab. Ditambah pula dengan hasad dengki daripada mereka yang hanya bergelar 'budak surau' pada nama. Muncul pula Carl, jejaka kacukan berdarah inggeris yang gentleman. Mampukah Hana mengharungi segala cabaran ini? Teguhkah iman Hana apabila diuji?.

Dan yang paling utama - adakah Hana mampu memiliki hati jejaka yang bergelar Imam Muda ini?.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)