Namun Kupunya Cinta
Publisher,Dear Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 448
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Hidup tanpamu tidak memberi apa-apa erti bagiku...
Bagai belangkas. Jolokan yang sering digunakan untuk hubungan Ezran Hakimi dan Syafiena Amni ketika zaman persekolahan mereka.
Namun, entah di mana silapnya, hubungan teman tapi mesra itu terputus begitu sahaja apabila Ezran Hakimi bertindak memusuhi gadis itu. Dan Syafiena tidak pernah mengetahui mengapa lelaki itu boleh berubah hingga begitu sekali.
Sembilan tahun berlalu, takdir menemukan mereka kembali ketika reunion sekolah mereka. Dan, aturan Allah itu hebat. Mereka dipertemukan sekali lagi dan kali ini sebagai bos dan setiausaha!
“Apa lagi yang kau tercegat tu? Cepatlah! Apa kau fikir kau tu puteri raja ke nak tunggu disembah baru nak jalan?”
“Sehari tak sinis dengan aku, memang tak sah, kan?”
“Yelah, dengan kau sinis tiap-tiap hari, baru aman hidup aku.”
Kehadiran Bella, tunang tidak diiktiraf Ezran, membuatkan perasaan Ezran menjadi kacau-bilau. Sungguh dia tidak rela mahu bergelar suami kepada perempuan itu. Pada majlis perkahwinannya, Ezran buat kerja gila. Dia lari bersama Syafiena!
“Aku ingatkan kau dah berubah, Zran. Rupanya aku salah. Aku bodoh sebab percayakan kau!”
“Heh, kau ingat aku dah berubah? You are wrong, Syafiena Amni. Aku tak pernah berubah! Kau ingat aku dah lupa dengan dendam aku? Aku pernah cakap yang aku akan buat kau menderita, kan? Well, nampaknya
aku berjaya.”
Sejak itu, Syafiena pergi tanpa berpaling lagi. Dan, setelah segala-galanya terbongkar, barulah Ezran tengadah sendiri. Mampukah Ezran meraih kemaafan setelah sekeping hati itu dilukai berkali-kali dengan kejam?