Nanyang

ISBN: 9789676127211
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Utusan
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Manuskrip ini mengangkat subjek cinta akan tanah air yang dipaparkan melalui sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dalam tahun-tahun 1930- an. Semangat cinta akan tanah air diperlihatkan melalui dua perspektif iaitu, bangsa Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini, dan kaum pendatang yang merupakan penghijrah. Kelompok penghijrah ini yang terdiri daripada orang China menjadi sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu, diwakili watak Kam. Kam menjadi contoh kepada pertumbuhan semangat untuk kemerdekaan negara yang dicetuskan oleh masyarakat pendatang setelah memperoleh inspirasi yang besar daripada nasionalis Melayu dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM). Noni, seorang wartawan akhbar Pengasuh menjadi watak penggerak kesedaran nasionalisme selain aktivis KMM untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Watak dinamik dikemukakan dalam “Nanyang”. Kam, penghijrah yang meninggalkan tanah besar China yang sedang kalut dengan pelbagai permasalahan membina penghidupan baharu di Pulau Pinang. Daripada seorang anak muda yang pesimistik, Kam berjaya dalam pekerjaannya sebagai penarik lanca untuk menyara dirinya serta mula menyuburkan kesetiaannya kepada Tanah Melayu. Demikian Noni, seorang wartawan muda yang mempunyai wawasan besar untuk melihat Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sebagai wartawan, Noni berdampingan dengan tokoh-tokoh nasionalis yang memberinya hujah dan gagasan ke arah kemerdekaan.

Secara keseluruhan, “Nanyang” menerapkan nilai kemanusiaan dalam konteks perjuangan kemerdekaan tanah air. Nilai tersebut memercikkan rasa kebersamaan dalam usaha melepaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Unsur perpaduan dipaparkan melalui hubungan harmoni antara watak yang berlainan latar budaya, agama asal usul. Keharmonian hubungan ini timbul daripada sikap watak yang sedar akan peranan masing-masing sama ada selaku peribumi mahupun penghijrah. Dengan itu, subjek menawarkan unsur sejarah serta hubungannya dengan nilai perpaduan, semangat patriotisme dan pembentukan jati diri yang diwacanakan dapat menjana keperibadian unggul dalam kalangan khalayak pembaca remaja.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)