Nik Ahmad Nik Hassan Dalam Perkhidmatan Awam

ISBN: 9789670067056
Checking local availability
RM38.00
Product Details

Publisher,ILHAMBOOKS
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 135 g
No. of Pages, 96

Nik Ahmad Nik Hassan dalam Perkhidmatan Awam merupakan biografi bapa Nik Nazmi Nik Ahmad, yang bersara sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Nik Ahmad bersara pada 1988, dan 34 tahun kemudian anak bongsunya dilantik untuk bertanggungjawab ke atas portfolio sama. Nik Ahmad lahir pada tahun 1930. Beliau lahir dalam sebuah keluarga ulama di Kelantan, namun beliau berubah arah daripada pendidikan Arab kepada Inggeris kerana keluarganya tidak mampu menghantarnya ke Timur Tengah. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai seorang penjawat awam setahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Beliau mempunyai iltizam tinggi melihat masyarakat Melayu dan Bumiputera mendapat kedudukan yang lebih baik, namun selesa dalam suasana masyarakat pelbagai kaum.

Beliau tidak menggunakan hubungan perkenalannya untuk memperkayakan diri sendiri, sebaliknya beliau mengguna jaringan ini untuk membuka peluang-peluang pendidikan dan perniagaan kepada orang lain, khususnya Bumiputera. Coretan ini dimulakan Nik Nazmi sebagai satu percubaan untuk mendokumentasi kehidupan bapanya, seorang penjawat awam perintis daripada sebuah generasi unik yang banyak mengajar generasi muda termasuk membentuk idealisme politik dan perkhidmatan awamnya sendiri. Melalui kisah beliau, pembaca dapat menyoroti sejarah perkembangan perkhidmatan awam di Malaysia, malah memahami pemikiran Nik Ahmad serta beberapa pemimpin yang terkandung dalam coretan ini.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)