Nikahi Calon Isteri Super
Publisher,Hijjaz Recording Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
“Bagaikan permata di celahan kaca, kerdipnya sukar dibezakan…” Mencari pasangan tdak semudah menuturkan hasrat “Sudikah kau menjadi pasangan hidupku?”. Mahu melafazkan ayat lamaran itu pun, kaki sudah terketar-ketar dan dada sudah berdebar-debar. Apabila diterima, seluruh dunia bergegar oleh kegembiraan kita. Apabila ditolak pula, semua keceriaan terasa hambar. Lebih malang, harapan tinggi bagi membina syurga dunia dalam keluarga musnah berkecai. Mengapa? Kerana kita tidak berhati-hati ketika proses pemilihan pasangan itu. Salah siapa? Adakah salah pasanga kita sepenuhnya? Adakah kita sendiri tidak bersalah, sedangkan kita yang memilih pasangan kita itu?
Sabda Rasulullah SAW: “Wanita dikahwini kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikanya dan agamanya. Pilihlah kerana agamanya kerana jika tidak, kamu akan binasa”. Proses pernikahan harus dijaga barakahnya bermula dari proses pencarian pasamgan. Pada masa yang sama, kita sendiri perlu memperbaiki diri supaya dapat menjadi lebih baik dari diri kita hari ini.
Firman Allah: “Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat; (sebaliknya) wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih daripada (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); Mereka (yang baik) itu akan mendapat pengampunan Allah dan pengurniaan yang mulia.” (An-Nur: 26)