Nina

ISBN: 9789672467779
Checking local availability
RM34.00
Product Details

Publisher,Love Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Tengku Nina Az-Zahrah… Kerana dendam, dia kembali ke tanah air. Dendam terhadap Tengku Soleha, ibu tirinya yang telah menyebabkan kematian adik dan mamanya. Bukan itu sahaja, wanita jahat itu merampas seluruh harta yang menjadi milik keluarganya. Dia kembali menuntut haknya dengan imej baharu sebagai Nina Khalid.

Devan Rafandra… Kerana dendam, dia menjadi mangsa. Ditangkap khalwat dan terpaksa berkahwin dengan Nina Khalid sedangkan dia sudah punya tunang bernama Mastura. Kerana dendam Nina, dia tersepit di tengah-tengah; antara isteri ataupun ibu saudara yang membesarkannya sejak kematian kedua-dua orang tuanya. Tidak mungkin dia akan mengkhianati Tengku Soleha, wanita yang dipanggilnya bonda.

“You tak perlu tahu apa-apa. You pandang dia sebagai mak saudara you yang baik hati dan penyayang. Biar I seorang aje yang ingat kekejaman dia. Permusuhan ini antara I dengan dia. You tak terlibat.” – Nina

“Apa sebenarnya bonda buat? Tolong beritahu I, apa salah bonda sampai you nak balas dendam?” – Rafa.

Baik Nina ataupun Tengku Soleha, masing-masing mengunci mulut tentang apa yang telah terjadi 10 tahun yang lalu.

Rafa jadi panasaran sehingga dia menyiasat sendiri. Saat tahu semuanya, dia berjanji untuk membantu Nina serta memberikan kasih sayang yang selama ini hilang daripada genggaman gadis itu.

Nina mula jatuh hati terhadap Rafa, padahal dia sudah berjanji perkahwinan mereka hanya kerana dendam. Tapi semakin hari semakin dia mula melupakan dendamnya.
Terlunaskah dendam Nina? Bagaimana dengan perkahwinan mereka berdua? Mampukah kasih sayang dan cinta menundukkan dendam dalam hati gadis itu?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)