Normalisasi Israel :Siapa Untung?

ISBN: 9789671836613
Checking local availability
RM15.00
Product Details

Publisher,Pustaka Permata Ummah Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Buku Normalisasi Israel merupakan sebuah buku yang ditulis oleh Duta Khas ke Timur Tengah, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan dan memberi kesedaran kepada pembaca khususnya di Malaysia mengenai usaha normalisasi Israel dengan beberapa buah negara dari Timur Tengah. Seterusnya, memberi gambaran tentang impak yang mungkin akan berlaku kesan daripada usaha ini yang mungkin akan menggugat keamanan dan kestabilan politik serantau.

Isi kandungannya menceritakan tentang kisah Bani Israel dari zaman para nabi, diikuti dengan asal-usul penubuhan Zionis dan matlamat agungnya iaitu untuk menubuhkan Negara Agung Israel. Buku ini cuba membangkitkan semangat perjuangan dalam diri umat Islam dengan cara menimbulkan dan mengarahkan kecintaan umat Islam kepada kedudukan tanah suci Palestin yang menjadi tempat kelahiran para nabi di samping menimbulkan semangat kekitaan dalam kalangan umat Islam yang mempunyai persamaan akidah.

Sesungguhnya, ikatan persaudaraan antara umat Islam lebih besar dan bernilai daripada persaudaraan yang berasaskan semangat kekeluargaan dan kebangsaan. Oleh itu, besarlah harapannya agar buku ini dapat memberi kesedaran tentang nasib yang menimpa umat Islam khususnya di Palestin dan meniupkan semangat jihad kepada umat Islam untuk mempertahankan Baitul Maqdis dan Palestin.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)