Nostalgia Dakwah

ISBN: 9786299810100
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Firdaus Press Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 250 g
No. of Pages, 239

Nostalgia Dakwah merupakan catatan-catatan pengalaman peribadi Dr. Hishamuddin Alham dalam mengendalikan kerja-kerja dakwah dan kebajikan semenjak 1980 hingga 2022. Kebanyakannya adalah pengalaman penglibatan dalam JIM dan IKRAM. Pengalaman mengendalikan Kelab Remaja IIM Johor, membantu isteri yang pernah menjadi pengerusi Raudhatul Sakeenah, berkecimpung dengan program khidmat masyarakat, menggerakkan Kelab Kanak-kanak dan menjadi AJK Media IKRAM Negeri Johor. Perkongsian dalam Nostalgia Dakwah adalah bagi memberi panduan dan pedoman kepada generasi muda dalam mengendalikan kerja-kerja dakwah dan kebajikan.


Nostalgia Dakwah ialah sebuah buku tentang perjuangan serta perjalanan seorang pendakwah yang tidak kenal letih atau kecewa sejak dasawarsa 1970-an. Penceritaannya telus dan membawa risalah yang serius; tetapi ada ketika suspens, lucu serta menyentuh perasaan. Buku ini perlu dibaca oleh rakyat Malaysia pelbagai agama dan sesiapa sahaja yang boleh membaca dalam bahasa Melayu.

Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom
Penulis pelbagai genre,
mantan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka,
mantan Presiden Penaja IKRAM, mantan Presiden JIM


Nostalgia Dakwah membawa pembaca menelusuri kehidupan dakwah penulis yang disulami azam dan iltizam perjuangan, suka dan duka di samping semangat setiakawan yang tidak pernah luntur. Penulis memberi inspirasi untuk terus komited dengan proses pembelajaran hayat, yang menuntut supaya turut serta menguasai teknologi, berani mencuba dan keluar dari zon selesa bagi memaksimumkan potensi dalam diri sendiri, pasangan hidup serta keluarganya.

Dr. Harlina Halizah Siraj
Pengasas Akademi Dr Har

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)