Nuansa: Realgeopolitik (2026)

ISBN: 9786294932951
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Di sebalik setiap konflik antarabangsa, wujud percaturan kuasa yang melibatkan kepentingan, strategi dan pengaruh pelbagai aktor. Negara berdaulat bersaing mempertahankan kepentingan nasional, kuasa besar berusaha meluaskan pengaruh, manakala organisasi antarabangsa, syarikat multinasional dan kumpulan bukan negara memainkan peranan dalam menentukan arah politik global.

Dalam dunia yang semakin saling bergantung, persaingan geopolitik tidak lagi terbatas pada perebutan wilayah dan kekuatan ketenteraan. Ekonomi, diplomasi, ideologi, teknologi dan penguasaan sumber turut menjadi instrumen persaingan yang membentuk hubungan antarabangsa. Dengan memahami hubungan antara aktor dan percaturan di sebalik sesuatu peristiwa, pembaca dapat melihat politik antarabangsa melangkaui apa yang terpampang dalam berita, seterusnya menilai konflik dan perubahan dunia dengan perspektif yang lebih kritis, strategik dan menyeluruh.

Antara perbahasan penting:

  1. Ketegangan Hubungan Beijing–Taipei: Legasi Perang Saudara China
  2. Medan Perang Timur Tengah: Pertembungan Israel–Iran
  3. Perang Rusia–Ukraine: Ancaman Lama Pada Abad Baharu
  4. Sejarah Panjang Konflik Berdarah di Selatan Thailand