Nyanyian Hati

ISBN: 9789670508092
Checking local availability
RM21.00
Product Details

Publisher,Jemari Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,

Muhammad Adam Danial atau Danny, seorang lelaki yang simple dan sentiasa tenang yang telah jatuh cinta pandang pertama pada Ain ketika menjadi jurugambar di majlis pernikahan abang Ain, dan seorang yang tidak malu untuk meluahkan perasaannya. Iskandar Benjamin, sahabat baik yang juga merupakan abang angkat Danny, seorang yang pendiam, suka memendam perasaan dan sangat sayangkan sahabat baiknya. Ain yang tidak pernah bercinta mula perlahan-lahan merasai perubahan pada hatinya dengan cara Danny yang tenang dan ikhlas menyayanginya. Namun, bibit-bibit cinta yang baru berputik terhenti di tengah jalan apabila Danny maut setelah terlibat dengan kemalangan. Ain yang terkejut dan berduka menyendiri daripada orang lain. Iskandar pula serba salah kerana dia pernah berjanji dengan Danny untuk mengahwini Ain jika Danny tiada. Dia akhirnya melamar Ain. Ain pula, setelah dipujuk oleh keluarganya akhirnya bersetuju. Mereka memulakan kehidupan sebagai suami isteri dan perlahan-lahan Ain juga mula menyayangi Iskandar. Namun, hubungan mereka diuji apabila Ain tahu rahsia di sebalik lamaran Iskandar. Benarkah perkahwinan itu hanya kerana sebuah janji? Apakah yang Iskandar pendamkan sebenarnya?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)