Obsesi Cinta
Publisher,Tintarona
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Setelah bertahun-tahun dia kembali demi melunaskan sebuah dendam. Penghinaan Razi perlu dibalas. Disebabkan penghinaan itulah dia berubah. Dia mahu Razi tahu dia bukan Salwani dahulu lagi. Salwani yang tidak pernah diendahkan dahulu sudah berubah seratus peratus.
Rancangnya, biarlah Razi tergila-gilakannya seperti mana dia menggilai lelaki itu dahulu. Selepas itu, lelaki itu akan dikecewakannya. Begitulah tekadnya. Razi perlu diajar. Biar Razi rasakan apa yang dirasainya sejak bertahun-tahun dahulu. Baru puas hatinya andai rancangan itu terlaksana.
Namun hakikatnya, renungan, senyuman dan layanan Razi terhadapnya kini cukup mengasyikkan. Kini, dia berbelah bahagi untuk menerima cinta Razi atau meneruskan rancangannya.