
Opera Angkasa
Opera Angkasa adalah novel fiksyen sains yang berlatarkan angkasa lepas. Pada masa akan datang, manusia tinggal di pelbagai planet dan setiap gugusan planet dikenali sebagai sektor. Manusia bergerak dari sektor ke sektor dengan kapal angkasa. Arman dan krew kapal angkasanya sudah berminggu-minggu tidak ada kerja penghantaran kargo. Mereka singgah di sektor Prima Putra kerana ada orang menghubungi mereka untuk menawarkan kerja. Kerjanya mudah, menghantar pulang Faridah Hanum, anak saudara seorang senator, yang baru habis belajar di sekolah berasrama penuh si sektor Aminuddin Baki. Dalam perjalanan, ada orang mengekori mereka. Mereka ditahan sekumpulan lanun. Rupa-rupanya Arman berhutang dengan mereka. Selepas Arman berjanji hendak melangsaikan hutang itu, kumpulan lanun itu berlalu pergi. Dalam keadaan tertekan akibat hutang itu, Arman mendapat panggilan daripada lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menawarkan Arman sejumlah wang yang lumayan untuk ditukarkan dengan Faridah Hanum. Arman menerima tawaran itu. Kapal angkasanya menukar haluan. Mereka tiba di sektor yang ditetapkan. Arman dan krewnya turun dari kapal angkasa untuk menyelesaikan urusan dengan lelaki yang mahukan Faridah Hanum. Dalam perjalanan, Arman bertembung dengan perempuan tua yang datang menarik bajunya dan membebel mengenai empat pusaka kemusnahan...
Publisher,Pts Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,