Origami Cinta
Publisher,PTS One
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
"Awak yang gemuk sangat sampai tiada ruang orang lain berjalan!" - Irfan
Disebabkan tertukar bagasi di KLIA, Irfan dan Izzati melancarkan perang dingin di antara mereka. Namun begitu, tanpa disangka, mereka berdua dipertemukan atas urusan kerja. Irfan perlu menyiapkan rekaan dalaman rumah anak Datin Markisa. Datin Markisa begitu menyukai hasil jahitan sarung kusyen daripada Butik Enzatti yang dilihat di internet. Dia mengarahkan Irfan mendapatkan kusyen sebegitu juga! Aduhai, manalah Irfan mahu mencari kusyen sebegitu melainkan terpaksa menebalkan muka mengadap wajah Izzati, wanita yang mengambil bagasinya dahulu. Dek kerana sifat cerewet Datin Markisa, ada masanya mereka terpaksa mencapai keputusan 'gencatan senjata' dan berbicara semeja biarpun dalam hati, mahu saja meja itu mereka terbalikkan! Tanpa diduga, rasa jengkel terhadap masing-masing mulai berubah kepada satu perasaan yang indah.
"Saya akan pastikan tiada sesiapa pun yang dapat memiliki Irfan!" - Delisa
"Izzati, sudikan Izzati menjadi suri hidup abang?" - Ajhan
Namun ketika semuanya sudah mula indah, muncul pula Delisa yang cantik bergaya dan Ajhan, pemuda yang penuh dengan harapan. Delisa yang bersolek tebal dan berkasut tumit tinggi, begitu mahu memiliki Irfan. Pelbagai taktik digunakan bagi memancing perhatian Irfan. Sungguh merimaskan! Bahkan, gadis gedik itu cuba merosakkan hubungan baik yang mulai terbina di anatara Irfan dan Izzati. Dalam kekalutan dan kegedikan Delisa, Ajhan pula menagih hati Izzati. Aduhai, pening! Memang betul-betul pening! Izzati tersepit, tetapi Irfan lebih gemar membiarkan kapal terbang kertasnya berbicara. Disebabkan kecewa, Izzati menyambung pelajaran ke Venice. Dia sendiri keliru, antara Ajhan yang setia bersama harapan dengan Irfan yang dimiliki oleh Delisa, yang mana harus dia pilih dan berikan hatinya?