Pablo: His Forbidden Flower

ISBN: 9789838224260
Checking local availability
RM38.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 543

Dia lelaki yang dilatih untuk membunuh ketakutan, tetapi tidak pernah diajar cara menghadapi kehilangan.

Dia bukan sekadar bunga yang tumbuh di tanah yang salah. Dia ialah keindahan terlarang yang sepatutnya dijauhi.

Zuhaily, yang dikenali dengan gelaran Pablo, terbiasa mengejar penjenayah. Bunga pula terbiasa mengejar anak-anak kecil. Namun kali ini, mereka berdua sama-sama mengejar sesuatu yang jauh lebih sukar… takdir.

“Dia adalah seseorang yang aku tahu aku tak boleh lepaskan. Setiap kali aku tengok dia, aku rasa ada sesuatu dalam hati aku yang berubah. Entah kenapa aku rasa…” —Zuhaily Uqayl

Seorang mengajar dunia tentang harga sebuah kematian. Seorang lagi mengingatkan dunia tentang nilai sebuah kehidupan.

“Saya tetap nak cakap terima kasih. Awak... istimewa dengan cara awak sendiri.” —Bunga Dahlia

Namun, malapetaka meragut segalanya. Zuhaily terselamat, tetapi kehilangan ingatan. Dahlia pula dituduh sebagai punca tragedi, terperangkap dalam cinta yang kini asing di mata lelaki itu.

Kali ini, musuhnya bukan sekadar manusia yang mahu melihatnya tersungkur. Ada takdir yang perlahan-lahan mengheretnya ke ambang kehancuran. Dalam permainan ini, mungkin, untuk terus hidup, dia terpaksa kehilangan segala-galanya termasuk dirinya sendiri.

"Kumpulan ini dipercayai bersenjata dan sangat bahaya. Mereka adalah saki-baki kumpulan penyeludup senjata yang telah lama diburu oleh pihak berkuasa." —Team V69

Bagaimana seorang pejuang mampu terus bertempur, andai satu-satunya alasan untuknya pulang menjadi sebab dia mungkin tidak akan kembali lagi?

“Aku tak boleh lari daripada apa yang aku pilih untuk diri aku.”