Paduan Solat Taubat
Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Keingkaran dan kederhakaan insan akan meninggalkan kesan di dalam hati sehingga sukar untuk dihilangkan. Noda-noda dosa akan menggelapkan cahaya iman, mematikan segala harapan. Sesungguhnya dosa yang dilakukan seseorang itu akan mewariskan keingkaran dan kedurjanaan sehingga menafikan hakikat kebenaran. Akhirnya seluruh kehidupan mereka menjadi gelap gelita kerana celah-celah nurani terkunci mati.
Solat Taubat dikerjakan disaat hati seseorang telah diselimuti dengan kabut dosa. Usaha penjernihan dilakukan dengan penyerahan seikhlas-ikhlasnya dihadapan Ilahi agar hilang tabir yang membatasinya. Jika inginkan hati bersinar kembali, hindari dari godaan dunia sebaliknya perhatian hanya ditumpukan kepada mengharap keampunanNya, kerana taubat kepada Allah merupakan puncak tertinggi penghambaan seseorang insan dalam mensucikan kalbunya.