Panahan Matamu
Publisher,FAJAR PAKEER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages,
Kapsyen
Panahan
matamu mencairkan hati ini!
Blurb
FARAH
DINA seorang doktor haiwan yang suka menolong
orang yang dalam kesusahan. Tetapi tahap Dina membantu orang dalam kategori ‘terlebih’. Sebab
itu la Dina selalu saja bergaduh dengan orang sana sini. Pening Puan Dariah
dengan sikap anak ketiganya itu.
Disebabkan
sikap Dina yang kasar, Puan Dariah penat mengatur jodoh untuk anak gadisnya
itu. Bagi Dina pula, dia tak suka ibunya mengatur jodohnya. Lagi-lagi ibunya
terlalu obsess dengan seseorang yang
berpangkat doktor. Sudahlah anak-anak dipaksa menjadi doktor, calon menantu pun
haruslah berpangkat doktor juga.
“Kamu, Dina! Kamu apa tahu? Boyfriend
pun tak ada, lepas tu lelaki yang ibu kenalkan, semuanya takut dengan kamu.
Jejaka-jejaka single kat Malaysia ni semuanya dah blacklist kamu.
Perangai dah la kasar, lepas tu mulut celopar, siapa yang nak?!” - PUAN DARIAH
Siapa
sangka kemunculan Jazli a.k.a Doktor
Jazli membuatkan impian Puan Dariah seakan-akan tercapai. Dan bonus bagi Puan
Dariah, rupa-rupanya Jazli ialah rakan baik Dina ketika zaman sekolah.
“Weh, macam mana kau kenal aku? Serius aku tak
dapat cam kau. Rasa macam pernah nampak tapi tak tahu kat mana?” – DINA
“Panahan matamu tetap sama macam dulu! Hati ni
terus cair.” – JAZLI
Persahabatan
mereka terjalin sekali lagi. Bagi Jazli, dia menyimpan rasa terhadap Dina. Cuma
dia takut meluahkan perasaannya kerana sayangkan persahabatan mereka. Namun
kemunculan Ciara, bekas tunang Jazli menghuru-harakan hidup dan perasaan
mereka. Bukan itu sahaja, Aidan tiba-tiba muncul kembali dalam hidup Dina
sekali gus mengganggu emosi Dina.
“Apa niat you sebenarnya nak hantar rombongan meminang ke rumah I?” - DINA
“Simple saja! Nak pinang you la.” - AIDAN
“You
ingat I ni bodoh sangat nak
percaya cakap you, hah? I kenal you siapa, Aidan! Lelaki macam you penuh dengan tipu muslihat. You ingat you
boleh kenakan I dengan cara
begini?” - DINA
Hidup Dina menjadi huru-hara sehingga
nyawanya berkali-kali terancam akibat orang di sekelilingnya yang ‘menggila’.
Masalah dalam keluarganya turut mengganggu hidupnya. Dan yang penting, perlukah
hubungan persahabatan ditukar kepada cinta?