Panduan Buat Bakal Mempelai

ISBN: 9789676126276
Checking local availability
RM15.00
Product Details

Publisher,Utusan
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Buku ini menghuraikan panduan yang perlu diketahui dan difahami oleh pasangan mempelai bagi mengelak sebarang masalah setelah mereka diijabkabulkan. Masalah tersebut kadangkala memberi kesan kepada kesahihan sesuatu pernikahan akibat tidak menepati peraturan pernikahan yang ditetapkan oleh syariat.

Contohnya, kes pernikahan di luar negara seperti Thailand yang dipersoalkan, umur minimum yang dibenarkan untuk seseorang berkahwin, siapa yang layak menjadi wali, adakah kufu' (sekufu) menjadi syarat dalam pernikahan dan amalan poligami yang dipandang serong oleh sesetengah masyarakat.

Kesemua ini dihurai secara tersusun mengikut panduan-panduan tertentu bersumberkan wahyu Ilahi, pandangan ulama tersohor serta peruntukan Undang-undang Keluarga Islam yang digubal di Malaysia.

Buku yang sangat sesuai dimiliki dan dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang cintakan ilmu dan pengetahuan. Ia juga patut dimiliki oleh setiap bakal mempelai bagi memperkemaskan lagi pemahaman berkenaan perkara yang perlu diketahui sebelum sesuatu pernikahan dilangsugkan. Buku ini juga sesuai dijadikan bahan rujukan perundangan oleh golongan pelajar di universiti mahupun sebagai modul pengajaran dalam kursus-kursus praperkahwinan Islam yang wajib dihadiri sebelum sesuatu pernikahan dilangsungkan.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)