Panduan Menu dan Resepi Untuk Penderita Kolesterol
Publisher,Synergy Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Peningkatan kadar kolesterol dalam darah perlu mendapat perhatian kerana merupakan pencetus berlakunya penyakit jantung koronari. Kini, peningkatan kolesterol bukan hanya berlaku kepada orang dewasa dan usia lanjut tetapi sudah mulai ‘mengintai' pada kanak-kanak. Penyebab utama berlakunya peningkatan kadar kolesterol dalam darah adalah faktor keturunan dan pengambilan lemak tinggi. Faktor keturunan adalah faktor yang tidak boleh diubah lagi. Walaupun ada faktor yang boleh dikendalikan adalah faktor pengambilan lemak. Pengaruh lemak dalam makanan berhubung dengan pengaruh komponen asid lemak dan kolesterol darah, terutama kolesterol yang berkait dengan Low Density Lipoprotein (LDL)
Jangan takut pada kolesterol. Risiko terkena kolesterol tinggi boleh dikurangkan dengan cara yang berkesan. Kuncinya adalah dengan pengaturan pengambilan kolesterol dan lemak tepu serta banyakkan makanan berserat. Buku ini mengandungi contoh-contoh pengaturan menu selama 10 hari dan resipi makanan yang terdiri daripada aneka sarapan pagi, lauk pauk, sayuran, minuman, kuih, lengkap dengan informasi nilai nutrien. Mulakan hidup sihat anda dari sekarang.