Panduan Praktikal Penyusuan Bayi: Teknik, Tip & Sokongan Lengkap Untuk Penyusuan Bayi 0 Hingga 2 tahun
Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 181
Shelf: MUTIARA MINDA / KEKELUARGAAN / PENJAGAAN IBU & ANAK
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Ramai ibu menyangka bahawa penyusuan itu mudah, sehinggalah mereka mengalaminya sendiri; lekapan salah, bengkak susu, kuantiti susu merosot dan keletihan yang tidak ada penghujungnya.
Benarkah menyusukan anak itu perlu berasa sakit? Apabila ibu itu sakit, perlukah dia berhenti daripada menyusukan anak?
Buku Panduan Praktikal Penyusuan Bayi ini hadir bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut serta menyokong perjalanan penyusuan para ibu, dengan berpandukan ilmu laktasi dalam bahasa dan grafik yang mudah difahami.
Antara yang anda akan belajar:
- Teknik latching yang betul untuk penyusuan yang berkesan
- Posisi penyusuan: Cara paling selesa untuk menyusukan bayi
- Mitos-mitos yang mengganggu perjalanan penyusuan
- Troubleshooting: Masalah penyusuan yang biasa berlaku dan cara mengatasinya
- Panduan penyusuan fasa demi fasa, dari hari pertama bayi hingga umur dua tahun
***
Nad Masrom merupakan seorang kaunselor laktasi bertauliah di bawah Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan lebih sembilan tahun pengalaman, ribuan sesi kaunseling individu, dan aktif sebagai penceramah jemputan dalam bidang penyusuan susu ibu.