Panduan Puasa A-Z: Alangkah Bahagianya Puasamu Diterima Allah (2023)
Publisher,PTS ISLAMIKA
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 208 g
No. of Pages, 125
“Sesiapa yang
berpuasa satu hari, Allah s.w.t. akan menjauhkannya daripada api neraka sejauh
70 musim.”
(Hadith direkodkan
oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Ibadah puasa adalah
satu-satunya ibadah yang tidak dapat diperlihatkan dengan zahir.
Perlaksanaannya melibatkan niat dan kejujuran Muslim itu sendiri.
Walaupun ia
kelihatan mudah, beberapa peraturan dan syarat mengikatnya sebagai pemelihara
kemuliaan ibadah puasa. Keagungan ibadah puasa begitu tinggi sehingga dinamakan
sebuah syurga khusus buat mereka yang gemar berpuasa dan puasanya diterima,
syurga ar-Rayyan.
Selain itu, ibadah
puasa juga menyajikan ganjaran dalam pelbagai aspek lagi seperti kesihatan dan
kecergasan. Langkah demi langkah berpuasa dituliskan dalam buku ini sebagai
panduan teratur buat semua yang mahu melaksanakan ibadah
puasa, sama ada puasa sunat ataupun puasa wajib. Semoga puasa kita diterima
Allah.