Panduan Syarak Tentang Emas
Publisher,Dewan Bahasa & Pustaka
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Panduan Syarak Tentang Emas merupakan sebuah buku yang menarik kerana berjaya mengupas persoalan yang sering ditimbulkan oleh masyarakat, iaitu persoalan tentang isu kontemporari mengenai hukum transaksi emas dan juga hukum bukan transaksi emas. Buku ini merupakan hasil gemblengan tenaga dan fikiran tiga orang ahli akademik yang memberikan penerangan tentang hukum syarak yang berkaitan dengan emas. Buku ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang keupayaan emas sebagai aset yang bernilai sepanjang zaman berdasarkan al-Qur'an dan Sunnah. Selain itu, buku ini juga mengemukakan pandangan ulama tradisional dan fatwa serta resolusi semasa berkaitan emas.
Buku ini mempunyai tiga elemen penting. Pertama, kedudukan emas dalam tamadun manusia termasuklah di Alam Melayu dan penjelasan mengenai kedudukan emas dalam kehidupan manusia menurut perspektif Islam. Kedua, hukum berkaitan emas yang bukan berbentuk transaksi seperti penggunaan emas dalam bentuk pemakaian dan penggunaan yang melibatkan emas seperti jual beli, gadaian dan pelaburan dalam bentuk tradisional mahupun kontemporari.