Panduan Terapi Carakerja Untuk Murid Istimewa

ISBN: 9789671247105
Checking local availability
RM65.00
Product Details

Publisher,Qaiser Ventures
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Buku ini merupakan buku pertama yang dihasilkan untuk memberi panduan kepada guru-guru pendidikan khas dan juga ibu bapa yang mempunyai anak istimewa.

Buku ini berfokuskan tentang teknik-teknik persediaan untuk intervensi terapi carakerja yang boleh dipraktikkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia digarap dengan berpandukan kurikulum pendidikan khas dan intervensi terapi yang sering dilaksanakan oleh terapis. Buku ini juga amat bermanfaat kepada ibu bapa kerana aktiviti yang terdapat dalam buku ini boleh dilakukan dalam persekitaran di rumah.

Aktiviti dalam buku ini sesuai untuk kanak-kanak istimewa seawal seawal usia 3 tahun sehinggalah belasan tahun bergantung kepada tahap keupayaan mereka. Buku ini memaparkan contoh-contoh aktiviti  intervensi terapi beserta dengan gambar sebagai panduan yang lebih jelas kepada pembaca. Buku ini juga boleh dijadikan panduan untuk perancangan Rancangan Pengajaran individu (RPI) untuk murid berkeperluan khas. Akhir sekali, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada guru, ibu bapa dan juga terapis dalam aspek pendidikan untuk murid istimewa.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)