Pasrah Cinta Maryam

ISBN: 9789672035763
Checking local availability
RM24.00
Product Details

Publisher,Kaseh Aries
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Benar, Maryam Azifa cintakan Izz Adam setengah mati. Namun dia terpaksa melukakan hati si jejaka walaupun hatinya sendiri lebih terluka. Semuanya kerana kasih seorang anak kepada ayahnya.

"Yam minta maaf. Yam tak cintakan abang lagi. Dalam hati Yam dah ada orang lain." - Maryam

"Abang akan pastikan Yam menyesal sebab dah khianati cinta kita" - Izz Adam

Siapa sangka akhirnya Izz muncul kembali di depan mata. Namun kedatangannya bukan untuk Maryam. Dia muncul untuk mencipta bahagianya di depan mata Maryam.

"Kau cemburu bila dapat tahu aku bakal bertunang dengan Mia, kan? - Izz Adam

"Yam akan cemburu kalau abang masih menjadi hak Yam. Sekarang ni, abang bukan hak Yam lagi." - Maryam

Namun kejadian hitam itu telah memaksa Maryam kembali ke lembah derita. Air mata menjadi peneman di saat hatinya dirobek setiap saat.

"Aku tak nak digelar suami yang dayus. Tapi itu bukan bererti aku boleh terima kau semula dalam hidup aku." - Izz Adam

"Yam tahu, dan Yam pun dah tak harapkan apa-apa lagi daripada abang." - Maryam

Sukarnya untuk terus bertahan apabila menjadi insan yang paling dibenci oleh suami sendiri. Namun apabila hati Maryam sudah tawar, mengapa Izz kembali merayu cintanya semula? Kerasnya hati Maryam terlalu sukar untuk Izz lembutkan. Masihkah ada Izz Adam di hati Maryam Azifa?

Customer Reviews

Based on 8 reviews
100%
(8)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
H
Hamedah Hamid
PASRAH CINTA MARYAM

Sebuah novel mencerita tentang maryam yg terpaksa putus cinta dgn Izz disebabkan ibu tirinya. Siapa sangka akhirnya Izz muncul kembali di depan mata, mereka berjumpa semula. Adakah mereka bersatu semula untuk mencipta bahagia bersama? Jom dapatkan novel ini sebelum ianya kehabisan stok, novel ini memang best!

b
biey
Terbaik!

Plot penceritaan yang menarik dan tidak membosankan, Sesuai untuk dibaca dalam waktu pkp ni. Nice!.

b
biey
Terbaik!

Plot penceritaan yang menarik dan tidak membosankan, Sesuai untuk dibaca dalam waktu pkp ni. Nice!.

A
Antonia.S
Jln crita menarik!

Sukarnya untuk terus bertahan apabila menjadi insan yang paling dibenci oleh suami sendiri.Kisah sedih n bnyk konflik.

A
Adila Nazir
terbaik

tak pernah miss buku dari karya cik tet, semua karya dia sangat best dan menarik. sangat recommended.